Sabtu, 19 Mei 2012

Hari Pusat Akses Sekolah (PuAS) Bersama Komuniti Peringkat PKG Johol









 



 Pada hari ini 19.5.2012 telah diadakan Hari Pusat Akses Sekolah (PuAS) Bersama Komuniti  Peringkat PKG Johol Negeri Sembilan bertempat di Sekolah Kebangsaan Nuri bermula 8.00 pagi berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Hari ini diadakan bagi mendedahkan kepada orang ramai peranan Pusat Akses di sekolah-sekolah kepada orang ramai atau komuniti setempat. Booth atau Kiosk yang disediakan diantaranya, Myeg, Asas Melayari Internet, Blog, Eduwebtv, Think Quest, Email Gmail dan Tempahan Online.

Majlis ini Dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Hassan bin Malik, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah. SMKDUAM diwakili oleh guru media Cikgu Noraini Zainal dan guru ICT, Cikgu Zaini Sulaiman mengendalikan Booth Email.

Di Majlis ini guru-guru dibantu oleh 3 orang pelajar Kelab Komputer iaitu saudara Dawami (5SN) , Azarini (5PD) dan Siti Nur Aishah (5PD) bagi melicinkan perjalanan hari itu. Orang ramai berkunjung ke Booth Email untuk mempelajari cara membuat email dan seterusnya mencipta akaun email masing-masing. Tahniah diucapkan kepada pelajar Kelab Komputer berkenaan yang mengiringi guru kali ini kerana memberikan sumbangan keringat dan buah fikiran bagi menjayakan hari berkenaan.

Para Ahli Kelab yang lain juga digalakkan melibatkan diri dengan apa aktiviti atau pertandingan bagi mendapatkan pengalaman disamping memberikan markah kokurikulum dari segi penglibatan pelajar samada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat kamu ini. Sekian.

Membina Blog



 

 Pada perjumpaan Kelab Komputer kali ini para ahli kelab didedahkan dengan cara membuat blog. Cikgu hanya menerangkan cara membuat blog di sebuah komputer pelajar yang telah mempunyai email gmail. Seterusnya pelajar diterangkan satu-persatu proses membuat blog. Beberapa orang pelajar berjaya memcipta blog mereka namun masih belum lengkap.